Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.
Seramai 25 pelajar dan 4 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan ke Taman Warisan Tasek Merimbun, Tutong pada 12 Jun 2013. Lawatan ke tempat tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Disamping itu pelajar-pelajar dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang dan juga dapat memberi kesedaran untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.
12 Comments
|